Sejarah HTMS Chakri Naruebet

Apabila Taufan Gay melanda Thailand pada tahun 1989, Tentera Laut Diraja Thailand sebagai sebuah unit utama yang dipertanggungjawabkan di dalam misi mencari dan menyelamat telah mendapati bahawa kapal dan pesawat sedia ada tidak dapat bertahan semasa cuaca buruk di laut. Lebih-lebih lagi, Tentera Laut Diraja Thailang juga memerlukan sebuah kapal baru dan berteknologi tinggi, selain untuk memodenkan angkatan lautnya.

Bagi mencapai tujuan ini, pihak tentera laut telah memilih firma Sepanyol iaitu EN Bazan, bagi membina sebuah kapal pengangkut helikopter dengan kos sebanyak Bath 7 juta (AS$175 juta).

Nama "Chakri Naruebet" telah diberikan oleh Raja Bhumibol Adulyadej. Ia bermaksud "raja dari Dinasti Chakri."

Generasi pertama kumpulan pesawat AV-8S Harrier yang dibekalkan bersama-sama dengan Chakri Naruebet telah berusia lebih daripada 30 tahun dan alat-alat ganti sukar untuk didapati dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan jarang diatur gerak. [1] Sistem peluru berpandu anti pesawat utama tidak pernah dipasang dan kapal ini juga jarang belayar ke laut lepas. Berdasarkan keadaannya sekarang, ramai pemerhati ketenteraan menyifatkan Chakri Naruebet sebagai lebih kepada menjadi kebanggaan negara daripada bertindak sebagai sebuah kapal pengangkut V/STOL amfibia.[2]